Wa Allah a’lam
tulisan ini hanya sekadar cetusaan dari MGR untuk menilai dan sekadar
memberikan buah pandangan untuk kita sebagai umat Islam memposisikan diri diantara
kehendak al-Quran dan Sunnah terhadap sesuatu isu. Ini hanyalah tulisan santai
untuk kita sama-sama merehatkan minda. Maaf sekiranya tidak ilmiah.
MGR selalu
menjadikan “satu soalan keramat” yang
akan berlegar di benak sanubari apabila ada satu isu yang berlegar ditengah-tengah
masyarakat. Sama ada ia bersifat politik, agama, sosial, hiburan dan
sebagainya.
Persoalan itu
adalah : “JIKA RASULULLAH ADA DISANA APAKAH REAKSI BAGINDA???
Allah.. MGR
amat berharap agar para pembaca yang budiman jugak akan bertanya soalan yang
sama. Coretan ringkas ini bukanlah untuk menilai apa yang ada didalam hati yang
menegur atau yang ditegur. Tetapi ia adalah sekadar untuk kita sama-sama
menjadikan isu ini sebagai sesuatu yang boleh dipelajari dan meningkatkan rasa
tanggungjawap kepada Agama. Kita mahu menjadi
umat Nabi s.a.w yang melakukan sesuatu bukan kerana ada “udang disebalik mee”
atau ada kepentingan peribadi tetapi lebih kepada “ta’awanu ala al-Birri”
(bertolong bantu dalam mempromosikan kebaikan).
JAWAPAN...
“JIKA RASULULLAH ADA DISANA APAKAH REAKSI
BAGINDA??? Jawapan-jawapan untuk setiap isu itu kadangkala tidak dapat
dipastikan sama ada ia adalah tanggapan atau pasti. Setiap jawapan tersebut perlu
diperhalusi dan diteliti sebaik mungkin berteraskan “Iqamatul Hujjah” (berpijak
diatas dalil). Jika ada nasnya maka legalah rasa hati, jika tiada, maka lidah
dan jari perlu berhati-hati.
Firman Allah:
"Dan
janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu).
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan
dimintai tanggung jawabnya" - (Isra':36)
GANGSTER DAN
FILEM.
kredit foto
Kebanjiran filem
baik dari Barat mahupun Timur yang memiliki rentak gaya penceritaan diatas nama
“Aksi” dengan menampilkan aksi gangster adalah amat mencemaskan. Sekalipun babak-babak
tersebut telah melepasi saringan penapisan Filem. Apakah tidak cemas ini kerana
setiap kali babak-babak gangster itu ditonton, pasti sahaja anak kecil berusia empat
tahun akan meniru aksi tersebut!!! Pasti saja adik dan abang akan bergusti
diatas katil sebelum tidur!!!. Untuk menafikan ia tiada kesan dan tanpa kajian
mungkin boleh dipertikaikan. Tetapi sekadar menamakan beberapa ulasan yang
dapat ditemui dialam siber secara mudah terdapat beberapa tulisan yang menarik
untuk kita renungkan yang ditulis oleh mereka yang prihatin.
Diataranya web
Cigku Azleeen.com, menyatakan:
“Anyway, melalui pencarian saya di
internet saya mendapati bahawa American Academy Of Pediatrics (Pediatriks ini
adalah pakar kanak-kanak, rasanyalah..) menyarankan bahawa bayi dan kanak-kanak
berusia 0 hingga 2 tahun tidak harus menonton TV sama sekali. Dan mereka yang
berusia lebih dari 2 tahun hanya menonton antara 1 -2 jam sahaja rancangan TV
yang berkualiti. 2 tahun pertama kehidupan kita ini adalah tempoh kritikal bagi
perkembangan otak @ minda. Oleh itu, TV mahupun gajet-gajet elektronik lainnya
boleh mengganggu proses eksplorasi, bermain dan berinteraksi dengan ibu bapa
serta objek-objek lain yang meransang pembelajaran dan perkembangan fizikal dan
sosial secara sihat.Apabila kanak-kanak semakin berusia (dewasa), masa menonton
tv yang terlalu banyak akan menghalang mereka dari aktif secara fizikal (asyik
duduk depan TV jer kan), membaca, buat kerja rumah, bermain dengan rakan sebaya
dan juga meluangkan masa dengan keluarga.Secara purata, remaja Amerika telah
menonton sekurang-kurangnya 200,000 babak ganas dan kejam melalui TV apabila
mereka berumur 18 tahun. Bayangkan banyak mana tuh?Nah, jangan cakap itu di
Amerika, kita di Malaysia ni lain. Jangan harap. Filem-filem dan drama Melayu
sekrang ni pun banyak menayangkan aksi-aksi seram ganas dan kejam, sehingga
naik mual saya nak tengok.Kekejaman dalam TV seringkali menuntut penonton untuk
meniru aksinya. Walaupun kadang-kadang ada yang kata “Jangan tiru aksi ini di
rumah”.. Hehehe.. Sudah resam manusia semakin dikata jangan, itulah yang hendak
dilakukan.Kebanyakan aksi ganas dan kejam dalam TV ini pula dilakukan oleh
hero-hero rancangan tersebut. Nah, bagaimanalah kanak-kanak tak terikut-ikut?Walaupun
sebagai ibu bapa kita memberitahu anak-anak bahawa tidak baik untuk memukul
orang lain, TV kata ianya OK untuk pukul, gigit, tendang jika kita adalah “geng
baik”. Keadaan ini menimbulkan kekeliruan pada kanak-kanak.Dan lebih lebih
lagi, dalam kebanyakan rancangan TV jarang ditunjukkan bahawa geng jahat ini
menerima hukuman atau balasan atas kejahatan mereka.Bersikap kejam hanyalah
satu dari kesan psikologi menonton TV terhadap kanak-kanak. Ada banyak lagi kesan
lain yang akan saya bincangkan di lain hari...”
Ini hanya satu blog dan banyak lagi blog-blog lain yang
menulis dengan nada risau berkenaan cerita “gangster”. Bahkan, Profesor Dr
Hussain Habil Mohamad Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
turut menyatakan “Pengamatan mendapati
pengaruh filem atau drama ganas dipaparkan di televisyen turut menyumbang
berlaku kes jenayah. Kesannya, “eksperimen dijalankan adalah dengan membalas
terhadap rakan sekelas,”. Jelas filem-filem tersebut memberi faedah mungkin
sekadar menghibur para penonton dewasa tetapi ia menjahanamkan penonton muda!!!
TEGURAN PRIHATIN VS TEGURAN BERKEPENTINGAN
MGR melihat teguran Puan Wardiana Safiyyah itu asasnya adalah
kerisauan seorang ibu terhadap masa depan anak-anaknya. Pada hemat MGR
kerisauan ini perlu ada pada ibu-ibu yang sayangkan iman dan akhlak pewaris
zuriat masing-masing. Kita mungkin boleh berkata: kawallah anak semasa menonton
TV!!! Ya mudah berkata tetapi berdasarkan pengalaman MGR dan teman-teman yang
lain ia amat SUKAR...ye AMAT SUKAR...hanya pada Allah sahaja kita memohon agar
kesukaran ini dipermudahkan. Perhatikan Hadis ini:
Dari
Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau
diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah
ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." - Sahih Bukhari 6018
PARA PEMBIKIN FILEM TAKUTLAH KEPADA ALLAH...
Sesiapa sahaja yang membuat pelaburan pasti mahukan
keuntungan. Begitu jugalah para pembikin filem. MGR tidak menafikan fitrah
mahukan untung, untung dan terus untung. Para pembikin filem barat tidak
memiliki iman, tetapi kita memiliki Agama. Mana mungkin kita beragama melakukan
dan berfikir seperti mereka yang tidak beragama??? Sesuatu yang perlu diingat apalah nilainya
kita untung mungkin sejuta dua tetapi kita menyumbang sesuatu yang menjahanamkan
anak-anak kecil yang mudah menyerap apa sahaja. Bahkan ia akan menjadi saham
akhirat kita. Ada benarnya teori Albert Bandura (1925-?) (kadang-kadang kita
lebih percaya teori Barat melebih Al-Quran dan Sunnah) dalam Modelling Theory:
The Basis of Observational Learning “BoBo Doll Studies”.. kata Bandura “
Virtually every phenomenon that occurs by direct experience can occur
vicariously as well – by observing other people and the consequences for them”.
Ringkasnya teori ini telah memberi kesimpulan bahawa kanak-kanak akan
terkesan dengan apa yang mereka lihat terutamanya Televisyen!!!.
FILEM GANGSTER UNTUK PENGAJARAN?
Meletakkan dan memperjuangkan filem ganster sebagai salah
satu cara Dakwah adalah sama sekali tidak menepati kehendak al-Quran Dan
Sunnah. Alasan filem tersebut untuk memberi tahu masyarakat jangan tiru, jangan
buat, dan seribu jangan lagi adalah amat tersasar. Bahkan dihujung filem
disertakan Dalil, Nas dan peringatan untuk para penonton supaya JANGAN TIRU
AKSI INI DIRUMAH adalah tagline yang diimport dari barat!!! Ia adalah Talbis
Iblis (Tipu Daya Iblis). Rasulullah di zaman Baginda membenteras segala
keburukan yang bersifat awam. Dimana segala maksiat dikhalayak perlu dinyahkan.
Ini kerana kesemua itu seumpama sekolah tidak rasmi dan wabak yang amat
merbahaya kepada masyarakat. Daripada kita tidak tahu menjadi tahu. Oh macam ni
caranya nak buli...? Ya inilah kesan langsung dari filem-filem gangster dan
seumpamanya. Kesan dan iktibar ada tetapi mudarat dan keburukan jauh lebih
dahsyat!!!
Logiknya kenapa amalan-amalan baik tidak di promosikan dan
dijadikan teras untuk membuat filem? Filem-filem bergenre “ustaz” “alim” “agama”
tidak salah. Tetapi olahan dan kebijaksanaan pengarah filem amat perlu untuk
dilihat menarik dan berimpak. Bahkan penerbit filem akan mendapat dua
keuntungan iaitu keuntungan Dunia berbentuk material dan keuntungan bekal
akhirat yang abadi. Inilah yang Allah dan Rasul ajarkan. Segala perkara baik
perlu dizahirkan contohnya solat berjamaah di masjid, melakukan
kebaikan-kebaikan yang sifatnya berjamaah perlu dizahirkan bahkan disyiarkan. Bila
amal-amal baik tersebar dikhalayak umum. InsyaAllah masyarakat tanpa mengira
usia akan merasa malu untuk melakukan keburukan. Rasionalnya, bila filem
dilancarkan dan dipertontonkan adalah baik maka khalayak pasti menerima impak
kebaikannya. Alasan saya tidak ke masjid, tidak buat baik depan khalayak,
kerana takut riak adalah amat tidak boleh diterima. Bahkan menyalahi ruh
syarak.
Perhatikan hadis ini.
Daripada dari Abu Hurairah RA katanya, “Aku telah mendengar
Rasulullah SAW katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap
umatku akan dimaafkan melainkan orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa
(supaya diketahui oleh orang lain). Sesungguhnya antara perbuatan
menunjuk-nunjuk itu ialah seseorang melakukan suatu perbuatan diwaktu malam
kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah telah menutupinya”,
tiba-tiba dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan begini dan
begini”. Orang itu semalam-malaman telah ditutupi celanya oleh Allah, tetapi
pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya." Riwayat: Bukhari dan
Muslim
Para pembikin filem pasti mengeluh, “habis tu, semua tak
boleh, so nak buat filem apa?” Allah Akbar...banyak lagi filem yang baik telah
menang pelbagai anugerah hebat. Lihat saja filem Children of Haven dan
lain-lain. Ingatlah menghasilkan idea kreatif untuk menghasilkan sesuatu filem
yang baik adalah dari Allah yang Maha Bijaksana. Fikirkan..
KEMBALI KEPADA ALLAH DAN RASUL.
Pada hemat MGR teguran Pn.Wardina itu perlu disambut dengan
penuh rasa hormat dan syukur oleh masyarakat Mukmin dan termasuk para penerbit
filem yang takutkan Allah. Semoga Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya atas
teguran tersebut. Bila beliau diangkat sebagai ikon salah sebuah syarikat susu
dengan harapan pengaruhnya itu dapat membuatkan para pembeli tertambat. Maka
kerisauan dan komen beliau tentang budaya samseng dikalangan pelajar-pelajar
sekolah dan kaitannya dengan filem juga perlu kita fikirkan. Bahkan ramai ibu bapa yang memiliki idea yang
sama tetapi mereka bukan ikon, maka suara mereka sekadar meniti dibibir orang
biasa yang tiada impaknya. MGR ingin mengajak para penerbit filem tanpa mengira
apa jua status mereka untuk kembali kepada Allah dan Rasul.
Mulalah bertindak dan gunakanlah hasil rezeki filem anda
sebelum ini untuk kebaikan umat. Kerana setiap sen dan keringat yang kita laburkan
selama ini tidak menjadi beban kita diakhirat kelak. Segala usaha bukan pada
jalan Allah dan Rasul pasti akan mengundang kekesalan pada hari yang tiada
peluang untuk kembali bertaubat. Ingat berhijrahlah sepenuhnya bukan
separu-separuh. Yakinlah segala amal buat kita diatas muka bumi Allah ini
adalah pelaburan kita di negeri yang abadi. InsyaAllah apa yang kita harapkan
adalah pelaburan PAHALA FREE dari Allah... Satu filem yang baik menepati
kehendak Allah dan Rasul ditonton oleh ribuan manusia, bayangkan, berapa banyak
pahala yang para pembikin Filem dapat di alam yang kekal abadi..
Salam Hormat
Dr.Hj.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri MGR. 1436H