”...Berpada-padalah dengan Sunnah
Nabi s.a.w...”
Assalamualaikum...”...Berpada-padalah dengan Sunnah Nabi
s.a.w...”itulah bunyinya ungkapan saya dalam satu siri kuliah di sebuah masjid.
Kelihatan ada jamaah yang kelihatan mengangguk-aggukkan kepala dan ada pula
yang seakan-akan buat-buat faham dan buat muka “confius”...Beginilah tuan-tuan
dan puan-puan, Baginda Nabi s.a.w diutuskan sebagai Rahmat keseluruh alam.
Ramai para ustaz dan ustazah yang menghuraikan:
وما
أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Surah
al-Anbiya’ [21]: 107). (Dan
tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam).”
Tetapi
tuan-tuan Nampak tak yang Nabi ni Rahmat??? Ujar saya lagi. Kelihatan ada
jamaah yang pejamkan mata seakan-akan nak bayangkan rahmatnya Baginda Nabi
s.a.w. Sesuatu yang amat pasti adalah Baginda Nabi s.a.w adalah rahmat.
Rahmatnya Baginda Nabi s.a.w tidak akan dapat kita rasai sehinggalah kita yakin
dan percaya apa yang dibawa oleh Baginda s.a.w adalah sesuatu yang amat ajaib
dan terbaik. Saya mengasak lagi jamaah dengan soalan. Tuan-tuan pernah tak rasa
yang sunnah Nabi ni ajaib??? Kelihatan ada jamaah yang wajahnya bertambah
“confius”. Pada hemat saya mereka “confius” kerana ada pelbagai sebab
diantaranya:
1.
Maklumat berkenaan sunnah yang dimiliki mungkin terlalu sedikit.
2.
Jumlah majlis membaca dan menghuraikan Hadis yang merujuk kepada kutub
sittah dan seumpanya tidak begitu meriah jika dibandingkan dengan majlis-majlis
ilmu yang lain. Contoh: kelihatan ada tempat yang mempunyai majlis ilmu tajwid
khusus lebih dari sekali dalam seminggu dan akhirnya ajk masjid terlupa ruang
untuk majlis memahami hadis sahih dan sunnah Baginda s.a.w.
3.
Sunnah yang mereka fahami mungkin adalah “sunnat” Contoh: “Oh ni tak
perlu nak buat sungguh-sungguh kan sunat je”.
4.
Para asatizah yang hadir ke
Masjid mungkin tidak mempromosikan sunnah secara tepat, terperinci dan
bersungguh-sungguh. Mungkin ada yang mempromosikan “barang sunnah” untuk tujuan
Bisnes.
5.
Tiada usaha bersungguh-sungguh yang dibuat untuk mempromosikan sunnah
berteraskan hadis yang sahih jika dibandingkan dengan kesungguhan mempromosikan
majlis menyayikan “lagu-lagu” memuji Nabi s.a.w.
6.
Para ustaz “promoter” sunnah
sering di pandang sinis dan mengelirukan. Bahkan mungkin dilabel pelbagai gelar
yang “negatif”.
Ini
mungkin sebahagian dari sebab-sebab yang membuatkan para jamaah masjid, surau
dan seumpamanya kelihatan tiada jawapan apabila soalan sebegini ditanya
berkali-kali: “ tuan-tuan Nampak tak
yang Nabi ni Rahmat???”, “Tuan-tuan pernah tak rasa yang sunnah Nabi ni
ajaib???”, “tuan-tuan tau tak yang Ramai non-Muslim masuk Islam kerana melihat
kehebatan amalan Rasulullah???”, “tuan-tuan rasa tak yang sunnah Nabi ni
memberi banyak manfaat pada kehidupan manusia???.
Rahmatnya Baginda s.a.w.
الرَّحْمة: الرِّقَّةُ والتَّعَطُّفُ
Rahmat ialah kelembutan yang berpadu
dengan rasa iba (Lihat : Lisaanul Arab, Ibnul Mandzur). Rahmat juga boleh
difahami sebagai kasih sayang. Diutuskan Nabi s.a.w adalah bentuk kasih sayang
Allah kepada seluruh manusia. Ini kerana tanda kasih saying Allah adalah apa
sahaja yang dipilih oleh Baginda untuk dijadikan sunnahnya terbukti memberi
kebaikan yang besar kepada manusia.
Imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad
bin Mahmud al-Maturidi berpandangan rahmat yang dimaksud mempunyai beberapa
pengertian diantaranya:
1.Mengakhirkan adzab dari mereka.
2.Nabi s.a.w adalah rahmat, sehingga
bagi mereka yang mentaati dan mengikutinya, maka mereka akan selamat di dunia
dan akhirat.
3. Syafaat atau pertolongan (syafa’at
‘udzma) Baginda s.a.w untuk para pelaku dosa besar kelak di akhirat dan mungkin
masih banyak pengertian yang lain. Lihat: (Takwilatu ahli al-sunnah
VII/384)
Manakala Imam al-Mawardi menjelaskan
bahwa rahmat tersebut berbentuk menyelamatkan mereka dari kebodohan,
menunjukkan jalan untuk menjahui kesesatan, mencegah kemaksiatan dan menuntun
pada ketaatan. Lihat: (Ahkam al-Sulthaniyah h. 277).
Rahmat
juga dapat difahami dalam dua hal iaitu rahmat bagi agama dan dunia. Rahmat Baginda
s.a.w dalam agama iaitu Baginda s.a.w diutus kepada manusia yang berada dalam
kebodohan dan kesesatan, ketika itu para kafir ahli kitab dalam masa kebodohan
dan kesesatan. Ini dapat dilihat dari gaya hidup seharian mereka. Sebagai contoh:
Bangsa Arab tidak mengetahui apakah alat yang terbaik untuk digunakan untuk
bersuci. Maka Baginda s.a.w datang memilih dan menunjukkan apakah bahan yang
terbaik untuk digunakan untuk bersuci. Seperti menggunakan “siwak”,
berkumur-kumur, wuduk dan sebagainya. Jelas sehingga kehari ini kesemua itu
dapat memberikan kebaikan kepada manusia dan dapat dibuktikan secara
sainstifik.
Pahala Besar Bagi
Orang Yang Berpegang Teguh Dengan Sunnah Rasulullah sa.w. Abdullah bin Mas’ud r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda:“Sesungguhnya
di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti
menggenggam bara api, bagi yang beramal (dengan Sunnah Nabi) pada saat itu akan
mendapatkan pahala lima puluh.” Ada seseorang yang bertanya: “Lima puluh dari
mereka, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Pahala lima puluh dari
kalian.” (Sahih, Abu Dawud dan Al- Tirmidhi, lihat: Silsilah
As- Sahihah, no. 494)
Al Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata: “Dalam mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w terdapat keberkatan dalam mengikuti syari’at, meraih keredhoan Allah s.w.t, meninggikan darjat, mententeramkan hati, menenangkan badan, membuat marahnya syaitan, dan berjalan di atas jalan yang lurus.” Lihat: (Dharuratul Ihtimam, h. 43).
Semakin
banyak sunnah yang kita cuba fahami dan lakukan maka semakin bertambah iman
kita kepada Rasul s.a.w.
Al Qurthubi rahimahullah ketika menjelaskan ayat 103 surat Ali Imran menyatakan bahwa Allah s.w.t mewajibkan kepada kita agar berpegang teguh dengan kitab-Nya (Al Qur’an) dan sunnah nabi-Nya, serta merujuk kepada keduanya apabila terjadinya perselisihan. Allah s.w.t juga memerintahkan kepada kita agar bersatu di atas Al Qur’an dan As Sunnah dalam hal keyakinan dan amalan. Kaum muslimin perlu bersatu dan tidak tercerai-berai, sehingga akan meraih kemaslahatan dunia dan agama, serta selamat dari perselisihan. Lihat:( Tafsir Al Qurthubi, 4/105).
Al Qurthubi rahimahullah ketika menjelaskan ayat 103 surat Ali Imran menyatakan bahwa Allah s.w.t mewajibkan kepada kita agar berpegang teguh dengan kitab-Nya (Al Qur’an) dan sunnah nabi-Nya, serta merujuk kepada keduanya apabila terjadinya perselisihan. Allah s.w.t juga memerintahkan kepada kita agar bersatu di atas Al Qur’an dan As Sunnah dalam hal keyakinan dan amalan. Kaum muslimin perlu bersatu dan tidak tercerai-berai, sehingga akan meraih kemaslahatan dunia dan agama, serta selamat dari perselisihan. Lihat:( Tafsir Al Qurthubi, 4/105).
Motivasi gaya
Rasulullah menyeru supaya motivasi umat Islam perlu dihalakan kepada memburu
sunnah Nabi s.a.w. dan bukan sebaliknya.
Penulis: Dr.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri (MGR)