Motivasi Ramadan...Oh Hidayah
Jangan Pergi...
Benar hidayah adalah
milik mutlak Allah s.w.t. tiada siapa pun diatas dunia ini yang boleh memiliki
hidayah sebagaimana manusia boleh memiliki harta, takhta dan wanita. Benarlah Firman
Allah:
“Sesungguhnya tanggungan Kamilah
memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)”
(al-Lail 12).
Hidayah boleh bersama
kita dan boleh pergi bila-bila masa. Yang amat menghairankan adalah hidayah ini
adalah sesuatu yang benar-benar mutlak sumbernya dari Allah yang maha Pencipta.
Kredit Untuk Foto
Benarlah Firman Allah:
Maka Allah menyesatkan sesiapa
yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah
petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Ibrahim:4)
Dialah Allah s.w.t yang
menciptakan hidayah yang amat berharga dan Dialah Allah s.w.t yang merentap
keluar hidayah dari hati-hati manusia. Benar firman Allah :
Kami beri petunjuk dengannya
sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau
(wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang
lurus.(Syuraa:52)
Tiada siapa yang tahu
bagaimanakah sifat dan zat hidayah. Tetapi kesan hidayah dapat dilihat jelas
pada diri seseorang. Lebih ganjil lagi hidayah itu satu perkara yang boleh
bertambah dan berkurang sebagaimana Firman Allah:
Dan (sebaliknya) orang-orang yang
menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah
petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
(Muhammad:17)
Kredit Untuk Foto
Apakah hidayah yang
saya maksudkan? Hidayah pada kita yang telah muslim adalah keupayaan untuk
mempertahankan hidayah tersebut dan istiqamah diatas syariat. Manakala hidayah
bagi yang bukan muslim adalah apabila Allah s.w.t memasukkan kedalam hati
mereka iman dan petunjuk. Pentingnya hidayah ini membuatkan seseorang
penerimanya itu akan mampu bertahan diatas apa jua cubaan dan rintangan yang
hadir yang mungkin boleh mencabut hidayah itu keluar.
Kredit Untuk Foto
Tangan saya digerakkan
kali ini sekadar ingin berkongsi satu kisah benar yang diceritakan kepada saya
setelah selesai kuliah subuh di salah sebuah Masjid di Ampang Kuala Lumpur. Setelah
selesai berkuliah dan menyantuni setiap jamaah yang bertemu dan mengajukan
pelbagai soalan kepada saya. Allah telah mentakdirkan saya dipertemukan dengan
salah seorang jamaah “revert” yang telah sudi berkongsi cerita kepada saya pada
pagi itu. Setelah memperkenalkan dirinya banyak kisah yang dikongsikan kepada
saya.
Kredit Untuk Foto
Air matanya mula berderai keluar apabila perbicaraan kami mula
membicarakan tentang keluarga. Perkataan pertama yang keluar dari mulut sahabat
ini adalah “saya mendapat hidayah ini dengan meninggalkan kesemua yang saya
miliki sejak berpuluh tahun yang lalu...tapi saya tidak akan berpatah balik
dalam mempertahankan hidayah ini...”saya membiarkan dia terus bercerita; ustaz
saya masuk Islam ketika berusia 48 tahun. Saya ada isteri, 3 orang anak dan
pekerjaan sebagai seorang peguam. Pendeknya saya telah miliki kesedapan hidup. Apa
lagi yang manusia perlukan jika semua itu telah dipenuhi. Kini saya tidak
miliki semua itu. Tetapi saya memiliki sesuatu yang lebih beharga dari semua
itu...iaitu Allah...dan hidayah. Allah Akbar...!!! Hati kecil saya tersentak
dengan begitu kuat...ia bagaikan pukulan maut kepada benak sanubari saya yang
paling dalam. Saya tiada respond melainkan memuji Allah azza wa jalla..lantas
membiarkan sahabat tadi terus bercerita.
Kredit Untuk Foto
Ustaz, saya menyembunyikan
keislaman saya selama dua tahun dari keluarga saya. Sepanjang tempoh itu Isteri
saya seakan merasakan perubahan pada diri saya. Tetapi sangkaannya lebih kepada
negatif iaitu mungkin saya memiliki teman wanita diluar pengetahuannya. Apakan tidak
kelibat saya yang keluar awal pagi balik lewat malam telah mengundang seribu prasangka terhadap
saya. Tapi ustaz sebenarnya keluar saya diawal pagi adalah untuk hadir solat
subuh di Masjid dan lewat malam untuk solat Isyak di Masjid...Allah hati saya
disentap sekali lagi...beliau menyambung lagi.
Kredit Untuk Foto
Ustaz apabila saya memberitahu
tentang keislaman saya maka ia bagaikan gegak gempita yang berlaku didalam
keluarga saya. Isteri saya menuntut kesemua haknya dan menghalau saya keluar dari
rumah. Saya dengan lapang dada memberikan haknya dan anak-anak dan keluar dari
rumah tanpa memiliki apa-apa kecuali Allah. Tapi kini hidup saya jauh lebih
bahagia tanpa semua itu. Kebahagian yang manusia rasakan diatas semua perkara
yang bersifat dunia tiadalah nilai jika mahu dibandingkan dengan hidayah yang
telah saya kecapi, rasai dan nikmati. Ustaz doakan saya terus dapat nikmati
nikmat hidayah ini sampai bertemu kekasih saya iaitu Allah azza wa
jalla..bersambung...
Kredit Untuk Foto
Ramadan Kareem dan
Selamat Bermotivasi sepanjang Ramadan
Dr.Hj.Mohd Khairul
Nizam Zainan Nazri MGR