Monday, November 17, 2014

Lahirnya idea buku "Buat Pahala Free Gaya Rasulullah".



Buat Pahala FREE Gaya Rasulullah.



Dengan kehendak dan Izin Allah azza wa jalla buku yang tertangguh hampir 3 tahun telah terbit pada 141114. Judulnya Buat Pahala FREE Gaya Rasulullah. Sebelum kelahiran buku BPFGR ini terbit insan yang paling banyak bertanya adalah editor dan cik Puan Hajjah MGR. Soalan mereka bernada serupa “Bila Buku Nak siap!!!???. Tekanan saya dibuatnya. Tetapi kesemua tekanan itu saya serap dengan berazam untuk menulis dengan lebih baik daripada buku yang pertama. 

Sejarah BPFGR.

Judul Buat Pahala FREE Gaya Rasulullah ini tercetus dari satu diskusi kami MGR dengan Saudara Editor Kanan PTS Tuan Syarafuddin. Kedatangan MGR ke PTS adalah untuk berdiskusi tentang halatuju dan Tajuk buku seterusnya selepas Motivasi Gaya Rasulullah.  Persoalan “What Next”? sering bermain dibenak akal MGR dan sering menganggu tidur pada waktu malam!!!. Maka keluarlah pelbagai idea tetapi kesemua adalah berlegar-legar pada susuk tubuh insan yang amat Mulia iaitu Muhammad bin Abdullah Rasul s.a.w. Idea yang disenaraikan adalah banyak dan mencurah-curah. Tiba-tiba masa sedang kami “brainstorming” pelbagai sudut dan topik yang bakal ditulis. MGR masih berpusing-pusing terfokus kepada pahala dan persoalan bagaimana untuk mengubah persepsi masyarakat dalam melihat pahala. MGR cuba memecahkan situasi dengan terarah kepada hadis-hadis rasul yang memberi panduan agar “tunjukkan jalan kebaikan maka kamu mendapat pahala yang sama” dan kaitannya dengan konsep MLM dan sebagainya. Tiba-tiba Kata Tuan Editor : oh if macam tu why not if kita kata “Buat Pahala free something like that…? Allah…balas MGR. if macam tu kita buat tajuk “Buat Pahala Free Gaya Rasulullah…!!!setujuuuuuu…


                                                                Kredit Foto
Mula Menulis.

Menulis dan terus menulis. Tetapi Allah menguji MGR dengan jadual tanggungjawap yang begitu menyesakkan sehingga buku ini tertangguh sekian lama tanpa ada penambahan!Bahkan kebanyakan idea yang telah ditulis dipadam, di edit berkali-kali tanpa ada jalan keluar. Tetapi hari demi hari yang berlalu MGR merasakan tiada sudahnya jika rumah yang telah bermula pembinaannya tidak sepatutnya dibiarkan terbengkalai. Bahkan terbengkalai ini satu pembaziran yang dibenci dalam agama. Akhirnya Alhamdulillah akhirnya pada 21082014 Deraf yang siap telah dihantar kepada Pengurus Penerbitan di PTS Milennia iaitu Tuan Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir. 

                                                                               Kredit Foto  


Pasca Percetakan

Setelah BPFGR terbit dan dipasarkan pada 14112014 bersamaan hari Jumaat. Soalan –soalan yang muncul pula adalah berbeza. Ramai yang bertanyakan apa itu pahala Free?, Bukankah pahala tu milik Allah?. MGR hanya tersenyum sambal berkata : Silakan saudara membaca dengan teliti buku tersebut dan majukan soalan kepada MGR sekiranya ada keraguan. Pintu berkongsi, berdialog senantiasa dibuka insaya Allah. Ini kerana kita semua mahukan Pahala Free BUKAN Dosa free.

Salam Hormat
Dr.Hj.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri MGR.1436H

3 comments:

  1. As salam sahabatku ,

    Tahniah atas buku terbaru tuan, saya di takdirkan terjumpa dengan buku ni di Tesco Puncak Alam ...teruskan berkarya tuan.

    Rizal

    ReplyDelete
  2. Salam. Kat mana saya boleh dapatkan buku ni tuan?

    ReplyDelete
  3. Salam. Kat mana saya boleh dapatkan buku ni tuan?

    ReplyDelete