Jemputan.
Menerima jemputan untuk mengisi ruang yang
diberikan oleh ahli jawatankuasa masjid atau surau untuk mengisi slot ceramah
Maal Hijrah bukanlah satu impian. Apatah lagi untuk mengambil ruang dan peluang bagi mendapatkan sumber
pendapatan “extra”. Mohon Allah bantu.
Namun, Satu perkara yang sering berlegar dikepala apabila
dijemput memberikan pengisian adalah, "sejauh manakah setiap butir perkataan yang
keluar dari mulut dapat memberikan sentuhan impak" yang sedikit sebanyak memberi
kesan kepada pendengar atau jamaah kariah yang telah memberikan masa dan umur
mereka untuk mendengar “bebelan si ustaz” saban tahun dengan isu dan topik yang
berulang-ulang.
Bahkan kadang-kadang jika tidak teliti, mungkin
sahaja kisah-kisah atau maklumat yang tidak pasti riwayatnya men jadi maklumat
yang keluar dari mulut si penceramah jemputan.
Hijrah dan Motivasi Gaya Rasulullah
Hijrah Rasulullah adalah sesuatu yang telah
berlaku dan ianya tersimpan untuk dibaca dan dijadikan sebagai inspirasi untuk
memotivasikan umat Islam. Hijrah adalah sesuatu yang amat hebat. Ia tidak sama
sekali diajar dalam ajaran agama selain Islam. Umat Islam yang memahami
falsafah dan hikmah disebalik Hijrah al-Rasul pasti menjadi insan yang amat
produktif, inovatif, sensitif kepada persekitaran bahkan senantiasa berada di
hadapan memimpin insan lain kearah kebaikan yang di ajar oleh baginda Nabi
s.a.w.
Maha suci Allah yang merancang perjalanan hidup
insan teragung iaitu Muhammad Rasulullah. Segala episod kehidupan Baginda
adalah amat besar dan bernilai bagi mereka yang beriman untuk dijadikan
pedoman. Amat rugilah mereka yang menjauhkan diri dari Baginda Nabi s.a.w.
Masjid, Surau VS Hijrah?
Pengisian seperti forum atau ceramah dengan
membariskan agamawan selebriti menjadi trend utama bagi masjid atau surau yang “mampu”.
Manakan tidak mereka akan menarik hampir 100% penduduk kariah!!!
Manakala agamawan yang tidak popular dijadikan “backup”
jika agamawan selebriti menarik diri disaat-saat akhir. Kelihatan perkara ini tidak menunjukkan
sebarang “penghijrahan” yang berlaku.
Meraikan Maal Hijrah bukanlah sekadar
meramaikan ahli kariah untuk menjadi lebih dekat kepada agamawan selebriti atau
menikmati jamuan luar dari kebiasaan dihujung program. Tetapi sebaliknya, hijrah
adalah ajaran agama yang memiliki impak!!!
Falsafah paling mudah adalah hijrah mengajar
kita untuk membawa fizikal kita kearah perkara yang lebih baik. Di dalam sunnah Baginda Nabi s.a.w kita
dibenarkan untuk berpindah tempat duduk pada hari Jumaat apabila diri diselubungi
rasa mengantuk dan tidak dapat fokus pada khutbah. Sabda Baginda s.a.w
إذا نعس أحدُكم فى المسجدِ يومَ
الجمعةِ فليتحولْ من مَجْلِسِه ذلك
Apabila salah seorang dari kamu mengantuk di masjid,
baiklah dia berpindah dari tempatnya ke tempat lain. (Tirmidhi, No.hadith :
526: Hasan Sahih)
(gambar hiasan)
Secara mudahnya berpindah-pindah itu adalah satu juzuk
dari kefahaman hijrah. Memanglah berpindah tempat apabila rasa mengantuk ketika
mendengar khutbah tidak dikira sebagai hijrah. Tetapi ia boleh di jadikan
sebagai sesuatu yang dapat kita lakukan dalam memahami maksud hijrah secara
mudah. Persoalannya, berapa ramaikah umat Islam yang telah termotivasi untuk
berpindah tempat duduk ketika mengantuk mendengar khutbah, forum, kuliah dan
majlis ilmu?
Masjid, Surau VS Aktiviti Hijrah Berimpak?
Forum, ceramah,
pertandingan azan adalah diantara pengisian biasa masjid dan surau masyarakat
Melayu Nusantara. Bahkan masjid dan surau berlumba-lumba mendapatkan agamawan
selebriti, takut terlepas dan dikatakan gagal dalam mentadbir. Ini semua adalah
ketakutan yang tidak munasabah.
Masjid atau surau seharusnya berfikir dan
berlumba-lumba untuk memberi pendekatan baharu dalam menjayakan sambutan Maal Hijrah.
Forum berimpak perlu difikirkan, ceramah berimpak perlu difikirkan dan
pengisian berimpak amat perlu dilaksanakan. Antaranya adalah memberikan
anugerah-anugerah terpilih kepada ahli kariah. Seperti kanak-kanak istiqamah
solat subuh dimasjid, remaja istiqamah menghadiri kuliah, pemuda terbaik saf
hadapan dan sebagainya.
Gunakanlah duit yang disedekahkan oleh orang
ramai untuk tujuan ini. Ini bagi memberikan saingan kepada anugerah-anugerah “mungkar”
yang diberikan kepada pelaku-pelaku maksiat dikaca televisyen dan sebagainya. Mereka
mendapat pelbagai anugerah diatas kemungkaran yang mereka lakukan! Tetapi para
pelaku kebaikan di masjid atau surau hanya menunggu anugerah selepas kematian
mereka?.
“Alah
ustaz.. janji Allah kan pasti...tunggulah anugerah di akhirat..”, ulas seorang jemaah
masjid.
Motivasi Gaya Rasulullah amat tertarik dengan
apa yang dilakukan oleh ahli kariah Surau As Salam Kota Damansara. Mereka telah
memberikan anugerah kepada kanak-kanak yang istiqamah hadir berjemaah di
surau! MasyaAllah.. Ini sesuatu yang amat menarik untuk dipromosikan dan dijadikan agenda
Hijrah umat Islam. Bukankan hikmah Umar al-Khattab dalam memilih tarikh Hijrah
sebagai kalendar rasmi umat Islam adalah untuk kita sentiasa menjadi muslim
yang sentiasa menghayati falsafah Hijrah??? Fikir-fikirkan...
Kenangan bersama AJK Surau As-Salam Kota Damansara yang kreatif :)
Salam Hormat
Dr.Hj.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri MGR 1436H
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletealhamdulillah...terbaik la masjid ini...saya tak pernah terlintas dlm minda ini untuk idea tersebut...masyaallah...
ReplyDelete"Anugerah Idola Kecil" kita tukar menjadi "Anugerah Idola Kecil Istiqama Pergi Masjid@Surau"...
terbaik...
boleh copy n past...
Silakan tuan untuk dipromosikan semoga bermanfaat
Delete