Monday, April 15, 2013

KESIBUKAN YANG MEMBUNUH

Aku, Kita dan Si dia "Sibuk"
"Sibuk", adalah perkataan yang biasa diungkapkan oleh ramai orang.."oh saya seorang ahli politik yang sibuk" akhirnya Saya tiada masa untuk melihat penduduk kawasan sekitar, atau "oh saya seorang guru yang sibuk" akhirnya "saya tiada masa untuk keluarga..atau "saya seorang penulis yang sibuk" akhirnya "saya tiada masa untuk berkomunkasi dengan anak-anak saya.." atau "oh saya seorang muslim yang sibuk" akhirnya " saya tiada masa untuk Tuhan saya"...soalnya bolehkah???

Panggilan Baitullah.
Sejak pulang dari mengerjakan haji saya dihujani dengan si"sibuk"..pelbagai perkara datang bertimpa-timpa dan bertindih-tindih. Diantara kesannya adalah ada peluang untuk meng"update" blog MGR tetapi mental dan fizikal telah pun berada pada tahap dimana tidak mampu lagi untuk mengeluarkan tajuk atau tulisan. Apabila jari jemari telah dilancarkan diatas papan kekunci ia tidak menatijahkan tajuk atau baris-baris ayat. Tetapi yang keluar hanyalah (...).

Doa, Azam dan "nyahsibuk"
 Menjadikan sibuk sebagai satu cara untuk tidak melakukan sesuatu yang perlu adalah suatu alasan. Alasan tersebut bole membunuh amanah dan gerak kerja yang telah dirancang. Diharapkan para pembaca blog ini dapat mendoakan saya.

No comments:

Post a Comment