Wednesday, August 8, 2012

Pro and Con Komen Peserta bagi setiap kali selasai berprogram?

"Ya Jawapannya adalah Ya"...Mendapatkan komen dari para peserta apabila selesai berprogram adalah amat berbaloi...!!!Seharusnya pihak urusetia perlu meyediakan "Evaluation Form" bagi setiap program yang dianjurkan. Kebaikan komen-komen yang dikemukakan oleh para peserta adalah begitu banyak. tetapi pada kali ini saya hanya akan mengutarakan kebaikannya kepada para fasilitator dan penceramah sahaja. 

Percaya atau tidak sejak saya mula terlibat dalam dunia "kem Ibadah" dan sebagainya saya masih menyimpan kesemua komen-komen para peserta dalam aktiviti yang di kendalikan. Bahkan saya akan membuka semula komen-komen yang ditulis untuk dibaca semula sebagai satu cara untuk membangkitkan semangat motivasi saya. Untuk rekod bahan-bahan tersebut telah saya simpan sejak tahun 1998. Wah ini bole masuk arkib Negara komen seorang sahabat...!!!(InsyaAllah)

Tujuan saya menyimpan kesemua komen-komen tersebut  bertujuan untuk menilai semula setiap komen tersebut untuk penambahbaikan "gaya", "input", dan mungkin juga tidak melayan sebarang reaksi "provakatif" dari para peserta semasa sesi berjalan.

Dari sisi yang lain komen-komen -ve yang membina juga harus diraikan. Bahkan baik untuk kita bermuhasabah. Lihat sahaja komen-komen itu baca dengan hati dan iman tentu komen tersebut tidak akan dibuang atau menimbulkan rasa marah kapada peserta tersebut. 



No comments:

Post a Comment