Buat Pahala FREE Gaya Rasulullah.
Dengan kehendak dan Izin Allah
azza wa jalla buku yang tertangguh hampir 3 tahun telah terbit pada 141114. Judulnya
Buat Pahala FREE Gaya Rasulullah. Sebelum kelahiran buku BPFGR ini terbit insan
yang paling banyak bertanya adalah editor dan cik Puan Hajjah MGR. Soalan
mereka bernada serupa “Bila Buku Nak siap!!!???. Tekanan saya dibuatnya. Tetapi
kesemua tekanan itu saya serap dengan berazam untuk menulis dengan lebih baik
daripada buku yang pertama.
Sejarah BPFGR.
Judul Buat Pahala FREE Gaya
Rasulullah ini tercetus dari satu diskusi kami MGR dengan Saudara Editor Kanan
PTS Tuan Syarafuddin. Kedatangan MGR ke PTS adalah untuk berdiskusi tentang
halatuju dan Tajuk buku seterusnya selepas Motivasi Gaya Rasulullah. Persoalan “What Next”? sering bermain dibenak
akal MGR dan sering menganggu tidur pada waktu malam!!!. Maka keluarlah
pelbagai idea tetapi kesemua adalah berlegar-legar pada susuk tubuh insan yang
amat Mulia iaitu Muhammad bin Abdullah Rasul s.a.w. Idea yang disenaraikan
adalah banyak dan mencurah-curah. Tiba-tiba masa sedang kami “brainstorming”
pelbagai sudut dan topik yang bakal ditulis. MGR masih berpusing-pusing
terfokus kepada pahala dan persoalan bagaimana untuk mengubah persepsi
masyarakat dalam melihat pahala. MGR cuba memecahkan situasi dengan terarah
kepada hadis-hadis rasul yang memberi panduan agar “tunjukkan jalan kebaikan
maka kamu mendapat pahala yang sama” dan kaitannya dengan konsep MLM dan
sebagainya. Tiba-tiba Kata Tuan Editor : oh if macam tu why not if kita kata “Buat
Pahala free something like that…? Allah…balas MGR. if macam tu kita buat tajuk “Buat
Pahala Free Gaya Rasulullah…!!!setujuuuuuu…
Kredit Foto
Mula Menulis.
Menulis dan terus menulis. Tetapi
Allah menguji MGR dengan jadual tanggungjawap yang begitu menyesakkan sehingga
buku ini tertangguh sekian lama tanpa ada penambahan!Bahkan kebanyakan idea
yang telah ditulis dipadam, di edit berkali-kali tanpa ada jalan keluar. Tetapi
hari demi hari yang berlalu MGR merasakan tiada sudahnya jika rumah yang telah
bermula pembinaannya tidak sepatutnya dibiarkan terbengkalai. Bahkan terbengkalai
ini satu pembaziran yang dibenci dalam agama. Akhirnya Alhamdulillah akhirnya
pada 21082014 Deraf yang siap telah dihantar kepada Pengurus
Penerbitan di PTS Milennia iaitu Tuan Mohd Ikram Mohamad Nor Wazir.
Kredit Foto
Pasca Percetakan
Setelah BPFGR terbit dan dipasarkan pada 14112014 bersamaan
hari Jumaat. Soalan –soalan yang muncul pula adalah berbeza. Ramai yang bertanyakan
apa itu pahala Free?, Bukankah pahala tu milik Allah?. MGR hanya tersenyum sambal
berkata : Silakan saudara membaca dengan teliti buku tersebut dan majukan
soalan kepada MGR sekiranya ada keraguan. Pintu berkongsi, berdialog senantiasa
dibuka insaya Allah. Ini kerana kita semua mahukan Pahala Free BUKAN Dosa free.
Salam Hormat
Dr.Hj.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri MGR.1436H
As salam sahabatku ,
ReplyDeleteTahniah atas buku terbaru tuan, saya di takdirkan terjumpa dengan buku ni di Tesco Puncak Alam ...teruskan berkarya tuan.
Rizal
Salam. Kat mana saya boleh dapatkan buku ni tuan?
ReplyDeleteSalam. Kat mana saya boleh dapatkan buku ni tuan?
ReplyDelete