Monday, August 6, 2012

Baca hadith di Masjid syarah gaya Motivasi?

Kaedah pembacaan dan pensyarahan hadith sejak dulu kini adalah sesuatu yang diwarisi teknik dan gayanya. Membaca hadith adalah sesuatu yang bersifat agama.

Kebiasaanya dalam masyarakat bila diwar-warkan kuliah hadith sudah pasti akan diisi oleh "ustaz" yang mempunyai cukup "qualification" ini kerana ia melibatkan prinsip agama dan bagi  memastikan kefahamannya adalah tepat sebagaimana yang difahami oleh
al-Habib Baginda Muhammad s.a.w .

Kesalahan dalam membawa maksud yang dikehendaki perlu diikuti dengan taubat nasuha. Satu matlamat penting yang perlu disepakati oleh golongan agamawan adalah akhir dari penjelasan hadith adalah diikuti dengan amalan dari kefahaman hadith tersebut oleh para pendengar. 

Hukum dan kefahaman adalah sesuatu yang tidak berubah jika ia adalah kefahaman dan hukum yang Thabit. Akan tetapi cara olahan dan kaedah penyampaian adalah sesuatu yang perlu berubah. Umat pendengar  zaman millenium amat terdedah dengan pelbagai gaya dan rentak penyampaian gaya baru. Oleh kerana itu para agamawan yang membaca hadith di masjid perlu diajak menyahut cabaran ini iaitu "baca hadith Gaya Motivasi". Bagaimana?

 bersambung... oleh Dr.Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri

No comments:

Post a Comment