Wednesday, August 8, 2012

Motivasi 10 malam terakhir

Sedar atau tidak, mahu atau tidak, kita telah pun melangkah masuk 10 malam terakhir. Bagaimana motivasi 

anda diawal 10 malam terakhir ini? Semakin bermotivasi atau sebaliknya? Ye sebahagian kita ada yang telah 

tersenyum kerana Ramadhan akan berlabuh dan pergi meninggalkan kita. Maka bolehlah berpesta makan. 

Benarlah kata pepatah Melayu "hanya jawhari yang mengenal manikan". Pastinya 10 akhir Ramadhan ini di

sambut dengan Kegembiraan dan Kesedihan. Kegembiraan kerana inilah masa untuk merebut hadiah 

lumayan yang dijanjikan oleh Allah iaitu pahala 1000bulan. Kesedihan pula kerana tidak lama lagi tetamu 

yang terhebat ini akan pergi meninggalkan kita. Faktanya adalah manusia yang paling tahu kehebatan dan 

keagungan lailatul Qadar adalah Baginda al-Habib Rasulullah. Riwayat-riwayat yang kuat ada menyebut 

bahawa Baginda akan mengejutkan ahli keluarga Baginda untuk sama-sama bangun beribadah pada malam 

tersebut. Bahkan riwayat menyebut Baginda akan meyuruh para sahabat juga melakukan perkara yang

sama iaitu menghidupkan, berlumba-lumba dan bersungguh-sungguh mencari "al-Qadr". Riawayat juga 

menyatajan bahawa golongan "Salaf" iaitu para sahabat dan Tabien sebahagian mereka akan mandi sunat 

dan berwangi-wangian sebagai tanda kesungguhan mereka beribadah pada malam-malam 10 akhir. Maka 

marilah kita sama-sama memotivasikan diri GAYA Rasulullah untuk malam-malam akhir ini.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Rasulullah apa yang harus 
 
dibaca olehnya, sekiranya beliau tahu bila terjadinya Lailatulqadar. Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab, bacalah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عنا

Maksudnya:" Ya Allah seseungguhnya Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampun,
 
 maka ampunilah kami". (Ahmad dan al-Tirmidhi)

Carilah kebaikan dan hadiah tersebut pada 10 malam akhir ini terutamanya pada malam-malam ganjil. Selamat 

bermotivasi. Ingat kerana ibadah juga perlu diiringi dengan MOTIVASI....








No comments:

Post a Comment