Monday, August 6, 2012

Ustaz kenapa sekarang baru timbul idea motivasi gaya Rasulullah???

"...terima kasih soalan yang amat baik..". Sebenarnya saya juga pernah terfikir soalan yang sama kenapa para ulama sejak zaman berzaman tidak langsung membuat tajuk buku mereka tentang teknik Rasulullah dalam memotivasikan manusia? atau mungkin juga mengumpulkan hadith-hadith tetentu berkenaan cara memotivasikan manusia? atau apa sahaja input berkenaan motivasi cara Baginda al-habib.

Akhirnya setelah di lihat dan ditimbang-timbangkan jawapannya dan fakta yang diperolehi maka saya boleh membuat beberapa kesimpulan :
1. Fokus utama para ulama sejak zaman berzaman adalah berkaitan dengan syariah atau hukum hakam (fiqh), Tafsir, pengumpulan hadith, Sirah Nabawiyyah dan seumpanya yang lebih mendesak. Adapun motivasi ini satu juzuk yang amat kecil dan hanya ditemui perbincangan yang terselit di dalam kitab-kitab Aqidah, Sirah dan akhlak secara tidak langsung.
2. Bukan tiada para ulama yang menulis berkenaan galakan atau motivasi tetapi mereka meletakkan tajuk yang langsung tidak mengguna pakai perkataan "MOTIVASI" tetapi menggunakan "al-Targhib wa al-Tarhib", "Fadhail amal", "Riyadhus Salihin" dan sebagainya tetapi bagi para pelajar agama diabad millenium yang telah menggarap ilmu Islam dan barat maka kefahamannya adalah itu semua maksudnya motivasi untuk buat baik lah!!! Cuma tidak berapa bombastik dan marketing pun tidak boleh jalan. Contoh : Program al-Targhib wa al-Tarhib 2 hari tiga malam di kem Lobak Merah. Pastinya orang akan terpinga-pinga program apekebenda ni...???
3. Perkataan motivasi diimport dari barat dan telah diMelayukan dan digambarkan sebagai satu program yang best untuk dihadiri. Saya sendiri mula mengetahui program ini wujud setelah berada di IPT. Sebelum itu program yang di anjurkan ala-ala motivasi namanya "Tamrin, Kem Kepimpinan Sekolah dan macam macam ada...
4. Ketiadaan tokoh yang membicarakannya secara serius. Serius yang dimaksudkan adalah seperti meletakkan secara terang-terang motivasi ini diambil dari Sunnah atau hadith yang sahih. Maksudnya kebiasaan hadith Nabawi akan diekstrak kefahamannya untuk hukum fiqh yang berkaitan atau adab. Tetapi pedekatan meletakkan kefahaman dari sudut motivasi jarang dilakukan. 

Harapan semoga buku Motivasi Gaya Rasulullah yang saya hasilkan dapat membuka satu lagi pintu kefahaman terhadap hadith-hadith Nabawi. InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment