Sunday, August 5, 2012

Betulkah idea yang mengatakan Rasulullah itu motivator ulung?!!! Minta komen Dr...

Dalam tulisan saya  buku MGR™  saya ada melabelkan Baginda al-Habib sebagai "Motivator Ulung"... Penjenamaan ini adalah seumpama pelabelan Baginda al-Habib sebagai ketua perang ulung, hakim terulung, peniaga ulung dan sebagainya.

Mungkin penjenamaan Baginda sebagai "Motivator ulung"adalah sesuatu yang baru dan jarang diungkapkan kerana perkataan motivasi, Motivator adalah perkataan yang muncul pada alaf baru. Sudah pasti ia belum digunakan bahkan apalagi dipopularkan. Meletakkan Baginda al-Habib sebagai motivator ulung adalah amat tepat kerana itulah yang dilakukan oleh Baginda al-Habib 1433H yang lampau!!!

Saya berusaha untuk meletakkan imej biasan Baginda al-Habib dari sudut yang agak berlainan dari apa yang sering dibicarakan semasa ceramah mawlid dan program-program yang bersifat penceritaan Baginda al-Habib sebagai "Qudwah Hasanah". Bahkan setakat pembacaan saya yang amat terhad belum berjumpa para penulis menjenamakan Baginda sebagai "Motivator: Pada alaf kini motivator dianggap figur yang penting dalam masyarakat. Motivator dijemput untuk mengisi program motivasi para pelajar, para pekerja sehinggalah para pentadbir peringkat tertinggi. Ini semua menunjukkan motivator amat diperlukan dalam membangkit semangat pelajar dan sesiapa sahaja untuk melakukan yang terbaik.

Bagaimanakah Baginda tidak dijadikan ikon utama dalam pengucapan motivator?

Mengapa Baginda hanya disebut sebagai contoh utama dalam majlis-majlis bersifat keagamaan sahaja?.

Fakta dan realitinya Baginda adalah motivator TERAGUNG dan PALING ULUNG sepanjang zaman keran Baginda al-Habib  berupaya memotivasikan para sahabat untuk ke medan Badar al-Kubraa, berjalan jauh dalam peristiwa Hijrah, melakukan dakwah baik di barat mahupun timur. Hebat memang hebat Allah akbar hebatnya kekasih Allah ini!!!!!

Tiada seorang motivator pun yang berupaya melakukan seumpanya...Realitinya itu satu tugas yang sukar..Sekadar berkongsi kadang kala kita "mati akal" dalam memotivasikan anak kita yang malas belajar yang akhirnya kita hanya membebel dan ada masanya memberi ugutan yang mematikan terus motivasinya !!!

Seorang motivator juga begitu berkemungkinan dia mampu memotivasikan ratusan ribu pendengarnya tetapi soalnya siapa pula yang memotivasikan motivator tersebut??? Gaya Baginda adalah  yang terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh motivator hebat  sepanjang zaman. Maka Baginda al-Habib adalah sumber motivator terulung dan Baginda adalah motivator ulung yang perlu di jadikan sandaran untuk semua siri motivasi dalam kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment