Monday, August 6, 2012

Mengapa Motivasi dikaitkan dengan Rasulullah?

Motivasi sejak dahulu kelihatan terpisah dari agama. Teori-teori yang ditampilkan kelihatan tidak senafas dengan kehidupan beragama.  Ia terpisah sebagaimana terpisahnya aspek-aspek keilmuan yang lain. Ia meletakkan batu asas kepada kehendak dan keperluan manusia kepada tuntutan fizikal.

Proses pensekularan memang terkena pada ilmu motivasi yang datang dari barat. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang motivasi pasti akan merujuk kepada bahan yang dipelopori oleh tokoh-tokoh barat. Bahkan tokoh-tokoh tersebut menjadi "dalil" untuk meyuntik semangat motivator dan para peserta.

Islam tidak memusuhi tokoh-tokoh tersebut. Bahkan kebaikan yang ada dapat kita manfaatkan dengan sebaik mungkin. Tindakan memburukkan idea-idea motivasi barat secara mutlak adalah satu tindakan yanag amat melulu dan tidak adil. Islam hanya tidak membenarkan idea pengasingan diantara agama dan kehidupan.

Motivasi adalah ilmu berkaitan kehidupan manusia.Manusia tanpa motivasi seolah kenderaan yang kehabisan minyak. Maka sesiapa sahaja yang ingin memastikan kenderaan tersebut berfungsi maka perlulah mengisi minyak. Peranan para motivator adalah untuk menuangkan minyak tersebut kedalam individu-individu yang memerlukan bagi menggerakkan fizikal kearah satu matlamat iaitu "kejayaan".Adapun untuk menjamin kenderaan berfungsi dengan sangat baik maka minyak perlu dipilih dari bahan yang terbaik. Maka "minyak motivasi" terbaik adalah al-Quran dan al-Sunnah".

Islam sebagai agama yang syumul telah membimbing manusia supaya senantiasa berada dibawah petunjuk Baginda al-Habib.Setiap pengucapan kata-kata motivasi untuk menggerakkan manusia perlu kepada motivasi Nabawi. Apabila motivator telah berkecenderungan mengaitkan motivasi dengan Baginda al-Habib saya yakin dan pasti mereka akan memperolehi beberapa petunjuk. Diantaranya mereka akan cuba dan berusaha mematuhi al-Quran dan Sunnah dalam setiap ucapan motivasi yang diungkapkan. Berusaha memahami gaya al-Quran dan al-Sunnah dalam memotivasikan manusia dan beberapa petunjuk lain.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment