Tuesday, August 7, 2012

Dr Ni siapa ye...perkenalkan diri sikit..

"Terima kasih kerana sudi bertanya satu soalan yang sepatutnya saya berikan jawapannya sejak dari awal penulisan blog ini..." Ringkasnya nama sebagaimana dalam I.C Mohd Khairul Nizam Zainan Nazri. Saya adalah penulis buku Motivasi Gaya Rasulullah atau singkatannya MGR(TM) dan "Full Time" Pensyarah Kanan dan Peyelaras Institut Kefahaman Quran dan Sunnah USIM. Saya telah mula berjinak-jinak dengan motivasi sejak berada di alam campus. Banyak program yang saya ikuti sejak bergelar pelajar di matrikulasi. Saya mendapat inspirasi dan memasang angan-angan untuk membantu masyarakat dengan cara "memotivasikan" setelah mengikuti satu program di Masjid berdekatan dengan rumah Dato' Dr Hasan Ali. Inspirasi ini telah mengerakkan saya untuk menjalankan program motivasi secara sendirian berhad.Cara yang telah saya gunakan adalah dengan mendekati sekolah-sekolah yang berminat untuk mendapatkan khidmat perundingan program motivasi dengan menunjukkan proposal "ala kadar". Maklumlah semangat membara tetapi ilmu masih kurang di dada.Seingat saya pada masa itu apabila saya berjumpa dengan PK.Hem atau Guru kaunseling proposal yang pertama saya hulurkan adalah "PROGRAM KEM IBDAH". Sebabnya saya lebih "Condifent" (istilah pada masa itu) dengan program bercorak Islam kerana saya berlatar belakangkan pengajian agama. Kebiasaanya kem-kem ini saya jalankan pada cuti semester dengan bantuan sahabat-sahabat persatuan anak negeri dan sahabat-sahabat yang mempunyai semangat membantu yang tinggi. Dan yang paling penting sanggup mengorbankan awal cuti untuk join program kem Ibadah tanpa balik kerumah atau kampung terlebih dahulu. Kebiasaanya kami hanya berlapan atau bersepuluh untuk program pelajar berjumlah 150 orang atau lebih. Setelah berada di tahun 2 Universiti saya dengan seorang sahabat telah berkerjasama untuk menubuhkan satu konsultan yang berdaftar sebagai "Nur Kasih Training and Consultancy" akan tetapi jodoh kami tidak berapa direstui kerana kami hanya sempat bersama untuk menggerakkan hanya satu program sahaja. Itulah namanya takdir. Tetapi setelah itu saya masih lagi berprogram tanpa sebarang ikatan dengan mana-mana training konsultan tetapi program saya lebih kepada "special invitation" dari mulut ke mulut atau "recommandation" dari guru-guru kaunseling atau rakan-rakan pelajar yang pernah mengikuti "kem ibadah" bersama saya sebelum ini. Kebiasaannya kem yang diminta oleh pihak sekolah adalah untuk para pelajar "terbaik" (ada rekod disiplin etc) masyaAllah dan alhamdulillah oleh kerana hasil selepas dari program tersebut amat memuaskan hati guru-guru maka ada sekolah yang memasukkan program "bersama abang-abang uia" dalam takwim sekolah mereka!!!Ini sesuatu yang amat membanggakan. Kebanyakan dari program ini saya istiqamah sehingga berada di Final year. Sehinggalah saya graduate dengan Ijazah BAIRKH. Setelah menyambung pengajian di peringkat Master segalanya berubah....bersambung

No comments:

Post a Comment